Bibah! Bibah!
Hadeef member isyarat kepada saya yang dia nak menonton Barney. Bibah? Hehe.. Hadeef menyebut ‘Bibah’ sebagai kata ganti nama untuk ‘Barney’. Hadeef akan berumur 2 tahun pada Mac ini. Dari segi vocabulary, Alhamdulillah, Hadeef semakin banyak belajar. Cuma Barney masih lagi ‘Bibah’ dilidahnya. Hehehe…
Masa tengah sakan beranak sorang, banyak CD yang saya beli untuk biar dia leka di depan TV. Antaranya Barney, Baby Genius, Lagu Kanak-kanak. Errmm.. itu je yang teringat setakat ni. Masa saya beli Baby Genius tu, saja nak menukar halwa telinga, dari sing-a-long Barney kepada sesuatu yang saya tak tahu apa kandungannya. Nampak perkataan ‘baby’ pada cover CD terus saya ajukan kepada suami, supaya CD itu dibeli untuk Hadeef. Sampai dirumah, terus saya pasang di player.
‘Whooaaa..! Boringnya!’
‘Tutuplah, bukak CD Barney tu lah. Dia macam tak minat je..’
Antara dialog saya dan suami ketika itu.
Setelah beberapa lama saya tak mainkan CD Baby Genius tu, beberapa hari yang lalu saya pasang lagi. Saja nak try.
Khusyu’! Ya, dia khusyu’ menonton!
‘Than!’ Hadeef mengikut apa yang didengar dari CD. CD tu sebut ‘Sun’ sebenarnya. Hehe..
Sekarang, tiada lagi ‘Bibah!’ dan ditukar kepada, ‘Ma, Than!’ ‘Than!’.
Baru saya perasan, kitalah yang mencorakkan anak-anak kita. Kalau kita nak letak warna Ungu pada anak kita, ungulah mereka. Kalau kita nak letak kuning pada anak kita, kuninglah mereka.
BABY KHALIFAH
Apa itu Baby Khalifah? Ada seseorang bertanya bila saya kerap post status yang sama di FB. Puas saya cari perkataan yang sesuai dengan Baby Khalifah ni. Macammana boleh saya teringat ‘Dora The Explorer’ pulak. Haaa.. memang sama pun. Bagi yang sudah memiliki Baby Khalifah set ni, perasan tak, approach dia lebih kurang sama macam ‘Dora The Explorer’.
Masa first time pasang CD tu pun, saya beranggapan perkara yang sama, ‘boringnya!’ sebab no song, so joget-joget. Haih. Mesti Hadeef tak suka. Tapi saya silap, dia suka. Pernah sekali, dia tidur dengan memegang buku aktiviti MyFirst Kalimah. Menangis-nangis bila saya nak ambil masa nak tidurkan dia. Bila dah mengamuk sakan macam tu, saya biar je dia dengan buku tu.
Ohh, by the way, Hadeef memang sukakan buku. Macam mana dia suka buku, I’ll tell next time.
Saya merupakan seorang mama. Baru menjadi mama selama 2 tahun. Jadi, anggaplah apa yang saya coretkan ni sekadar ilmu yang saya kongsikan.



